Emelkan Sebarang Pertanyaan Ke: ABC2109@moe.edu.my

Sambutan Tahun Baru Cina 2013


Sambutan tersebut telah diadakan pada 8 Februari 2013 (Jumaat) yang lalu. Tepat jam 7.00 pagi, murid-murid telah berkumpul di Dewan Serbaguna menanti kedatangan tetamu-tetamu jemputan. Suasana pada pagi tersebut amat meriah dengan para guru mengenakan pakaian tradisional Tahun Baru Cina. Untuk makluman para pengunjung Blog SJK(C) Pasir Pinji 1 ini, pada tahun ini, bermulalah Tahun Ular bagi masyarakat Cina.

Sedikit info mengenai Tahun Ular.
2013 merupakan Tahun Ular mengikut kepercayaan masyarakat Cina. Pakar Feng Shui meramalkan warna bertuah pada tahun 2013 adalah warna biru, hijau dan ungu.

Menurut Prof Joe Choo dalam mStar Online, industri berada dalam keadaan baik pada tahun 2013 iaitu Tahun Ular, terhadap orang-orang yang berkaitan dengan unsur-unsur air, kayu dan logam, termasuk bidang insurans dan kewangan, kewartawanan dan pendidikan, logam dan perniagaan yang berkaitan dengan mineral. Tarikh bertuah untuk majlis perkahwinan, memulakan perniagaan atau untuk melahirkan bayi, ialah pada 11 Februari, 12 April, 10 Ogos, 9 Oktober dan 8 Disember.

Bagi individu yang lahir Tahun Ular iaitu tahun 1917, 1929, 1941, 1953, 1965, 1977, 1989, 2001 dan 2013 akan menjadi lebih baik dalam percintaan dan pekerjaannya pada Tahun 2013 berbanding tahun-tahun lain. Dalam bidang akademik, individu akan lebih menonjol daripada yang lain asalkan individu tersebut fokus terhadap apa yang dipelajari. Individu akan dapat banyak kenalan baru dan hubungan dengan rakan-rakan akan bertambah rapat.

Individu yang lahir pada tahun ular mempunyai personaliti yang menarik, licik, cerdas, berfikir secara mendalam, bijaksana, lemah lembut, mudah menangis, berani, belas kasihan dan berwaspada. Sifat negatif pula adalah cemas, malas, berahsia dan cerewet.

Berikut disertakan gambar semasa sambutan itu berlangsung. Sambutan ini berakhir lebih kurang pukul 1.00 petang. SELAMAT TAHUN BARU CINA dari kami warga SJK(C) PASIR PINJI 1.






Lagi gambar KLIK SINI.



0 komen:

Penafian

Pihak SJK(C) Pasir Pinji 1, Ipoh tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal ini.



Notis Hak cipta

Semua Hakcipta Terpelihara. Sebarang salinan perlu mendapat keizinan dari pihak sekolah.

Hubungi Kami

SJK(C) Pasir Pinji 1,
Jalan Padang, Pasir Pinji,
31650 Ipoh,Perak.
Emel : abc2109@1bestarinet.yes.my
Telefon / Faks : +6053211735

Waktu Pejabat
Isnin-Khamis
08:00 - 13:00 & 14:00 - 17:00
Jumaat
08:00 - 12:15 & 14:45 - 17:00