Emelkan Sebarang Pertanyaan Ke: ABC2109@moe.edu.my

Pertukaran Setara Pembantu Pengurusan Murid SJK(C) Pasir Pinji 1

Pihak sekolah telah mendapat berita mengenai pertukaran setara Pembantu Pengurusan Murid iaitu Pn. Hasliza. Beliau akan ditukarkan ke SK Pinji, Ipoh.

Pn. Hasliza telah berkhidmat di sekolah ini hampir 9 tahun dan merupakan PPM yang pertama di sekolah ini. Terlalu banyak kenangan suka duka beliau sepanjang 9 tahun di sekolah ini. Pada pandangan kami, beliau merupakan PPM yang sangat berpengalaman. Tidak lokek idea dan sentiasa berkongsi dengan staf yang lain. Ketiadaan beliau nanti, pasti amat dirasai oleh kami.

Kami di SJK(C) Pasir Pinji mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas sumbangan yang telah diberikan sepanjang 9 tahun beliau berada di sekolah ini. Semoga dengan perpindahan ini akan memberi inspirasi kepada beliau untuk terus berusaha gigih dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan. Selamat bertugas di tempat baru.


Nama : Pn. Hasliza Binti Ramli
Jawatan : Pembantu Pengurusan Murid (N17)
Tarikh Mula Berkhidmat Di Sekolah Ini : 19 Mac 2007
Tarikh Berkuatkuasa Pertukaran : 15 Januari 2016
Sekolah Baru : Sekolah Kebangsaan Pinji, Ipoh (ABA2064)

Pesanan ikhlas dari kami untuk beliau.

“Sebelum ini mungkin orang-orang disekeliling tempat lama kita bekerja, tingkah laku dan pemikiran mereka boleh dikatakan hampir sama dengan kita. Tetapi apabila kita bertukar ke tempat yang baru, suasana orang-orang disekeliling kita dan rutin harian kita akan berubah sama sekali. Apapun kita hendaklah berpikiran positif dalam menyesuaikan diri dan meneruskan kehidupan.”


0 komen:

Penafian

Pihak SJK(C) Pasir Pinji 1, Ipoh tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal ini.



Notis Hak cipta

Semua Hakcipta Terpelihara. Sebarang salinan perlu mendapat keizinan dari pihak sekolah.

Hubungi Kami

SJK(C) Pasir Pinji 1,
Jalan Padang, Pasir Pinji,
31650 Ipoh,Perak.
Emel : abc2109@1bestarinet.yes.my
Telefon / Faks : +6053211735

Waktu Pejabat
Isnin-Khamis
08:00 - 13:00 & 14:00 - 17:00
Jumaat
08:00 - 12:15 & 14:45 - 17:00